check it NOW!!

Thursday, July 25, 2013

RAMADHAN 1434H ~ PUASA 2013

assalamualaikum..

wah.. gigih kau entry Ramadhan ye.. Alhamdulillah arini dah 16ramadhan1434H.. syukur Alhamdulillah tahun ni aku bersama2 suami menyambut bulan yg dirahmati dan ditunggu2 oleh semua umat islam.. insyaAllah... syukran jazilan Ya Allah, aku masih dberi ksempatan dan ruang utk bersahur, berbuka malah bertarawih bersama2 suami.. Nikmat yg diberikan tidak kami sia2kn. kami dengan lapang hati dan ruang insyaAllah akan penuhinya dengan beribadat kepada-Mu.. insyaAllah...

now nk cte pasal ramadhan...

Kelebihan bersahur

sumber : jakim

Hadith:  Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.

Huraian Hadith: Pengajaran Hadis:
i) Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.
ii) Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.
iii) Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.
iv) Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.
v) Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.  
1029 bacaan

Kelebihan menyegerakan berbuka puasa.

sumber : jakim

Hadith: Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan.

Huraian Hadith: 
1. Orang yang berpuasa disunatkan segera berbuka setelah diyakini masuknya waktu Margrib, sebaliknya makruh hukumnya jika sengaja dilewat-lewatkan tanpa sebarang sebab yang munasabah.
2. Antara hikmah disunatkan agar segera berbuka puasa ialah supaya kita tidak tergesa-gesa dalam mengejar waktu solat di mana ia memberi kesempatan untuk kita rehat seketika sebelum mengerjakan solat Maghrib dan sebelum bergegas menunaikan solat Isyak dan Tarawikh pula selepasnya.
2521 bacaan


Alhamdulillah.. serba sedikit kelebihan yg boleh djadikan semangat kn... smuanya sumber dari JAKIM...
insyaAllah.. sme2lah kite mengambil iktibar dan inisiatif utk mempertingkatkan lg amalan dan ibadat dibulan puasa ini....


salam syg..
erin

No comments: