check it NOW!!

Tuesday, July 30, 2013

tentang asas fardu ain

assalamualaikum w.b.t
  salam 21 ramadhan 1434H

Alhamdulillah masih dberi kesempatan untuk bersama2 meraikan 21 Ramadhan bersama berjuta2 umat islam di setiap pelusuk dunia.. syukran.. terima kasih Ya Allah..
Now, nk share perkongsian mengenai Azan , Iqamah , Jawapan dan Doa selepas Azan/Iqamah.. Insya Allah perkongsian yg i share ni dipetik @ diambil daripada beliau..Wallahu a'lam
 
AZAN, IQAMAH, JAWAPAN DAN DOA SELEPAS AZAN/IQAMAH.

Lelaki dikehendaki melaksanakan azan dengan betul dan sempurna.
Allahu Akbar Allahu Akbar 2X
Asy hadu al-laa ilaha il-lallah 2X
Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 2X
Haiya alas solah 2X
Haiya alal falah 2X
·  Assolatu khairum minan –naum 2X (suboh)
Allahu akbar allahu akbar 1X
Laa ilaha il-lallah 1X
Perempuan dikehendaki menerangkan cara melaksanakan azan dengan betul dan Sempurna.
1. Bewuduk (makruh azan tanpa wuduk)
2. Berdiri menghadap Qiblat.
3. Meletakkan jari telunjuk di telinga.
4. Mengalunkan lafaz azan.

Cara jawab azan dengan betul dan sempurna.
Allahu akbar Allahu akbar 2X
·  ·   Jawab – Allahu akbar Allahu akbar 1X
Asy hadu al-la ilaha il-lallah 2X
·  ·  Jawab – Asy hadu al-la ilaha il-lallah 1X
Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 2X
·  ·  Jawab- Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah. 1X
Haiya alas solah 2X
·  ·  Jawab- Laa haula wala quata il-laa bil-laa 1X
Haiya alal falah 2X
·  ·  jawab- Laa haula wala quata il-laa bil-laa 1X
As – Solatu khairum minan naum 2X
·  ·  Jawab- Sodakta wa bararta 1X
Allahu akbar Allahu akbar 1X
·  ·  Jawab- Allahu akbar Allahu akbar 1X
Laa ilaha il-lallah 1X
·  ·  jawab- Laa ilaha il-lallah 1X

Anda dikehendaki memperdengarkan Iqamah dengan betul dan sempurna.

Berdiri menghadap Qiblat. Menyebut lafaz Iqamah:
Allahu akbar Allahu akbar 1X
Asy hadu al-laa ilaha il-lallah 1X
Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 1X
Haiya alas solah 1X
Haiya alal falah 1X
Qad qaa – matis solah 2X
Allahu akbar Allahu akbar 1X
Laa ilaha il-lallah 1X

Cara jawab Iqamah dengan betul dan sempurna.
Allahu akbar Allahu akbar 1X = lafaz sama
Asyhadu alla ilaha il-lallah 1X = ,,
Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 1X = ,,
Haiya alas solah 1X = Laa haula wala quata
Haiya alal falah 1X = Laa haula wala quata
Qad qaa matis solah 2X = Aqa mahallahu wa-ada maa dam-matis
samawati wa ard, Waja alani minas solihi
ahliha
Allahu akbar allahu akbar = lafaz sama
Laa ilaha il-lallah = lafaz sama

Anda dikehendaki membaca doa selepas Azan dan Iqamah
Allahumma rabba hasihid dakwatit tam-mati was- solatil qaa imah,
Aa-ti saidina Muhammadanil wasiilatah, wal- fadhilah,
Wab ashul maqaamam mahmudanil lazi wa- adtah.

Wallahu a’lam
 
salam syg,
erin

Thursday, July 25, 2013

RAMADHAN 1434H ~ PUASA 2013

assalamualaikum..

wah.. gigih kau entry Ramadhan ye.. Alhamdulillah arini dah 16ramadhan1434H.. syukur Alhamdulillah tahun ni aku bersama2 suami menyambut bulan yg dirahmati dan ditunggu2 oleh semua umat islam.. insyaAllah... syukran jazilan Ya Allah, aku masih dberi ksempatan dan ruang utk bersahur, berbuka malah bertarawih bersama2 suami.. Nikmat yg diberikan tidak kami sia2kn. kami dengan lapang hati dan ruang insyaAllah akan penuhinya dengan beribadat kepada-Mu.. insyaAllah...

now nk cte pasal ramadhan...

Kelebihan bersahur

sumber : jakim

Hadith:  Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.

Huraian Hadith: Pengajaran Hadis:
i) Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.
ii) Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.
iii) Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.
iv) Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.
v) Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.  
1029 bacaan

Kelebihan menyegerakan berbuka puasa.

sumber : jakim

Hadith: Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan.

Huraian Hadith: 
1. Orang yang berpuasa disunatkan segera berbuka setelah diyakini masuknya waktu Margrib, sebaliknya makruh hukumnya jika sengaja dilewat-lewatkan tanpa sebarang sebab yang munasabah.
2. Antara hikmah disunatkan agar segera berbuka puasa ialah supaya kita tidak tergesa-gesa dalam mengejar waktu solat di mana ia memberi kesempatan untuk kita rehat seketika sebelum mengerjakan solat Maghrib dan sebelum bergegas menunaikan solat Isyak dan Tarawikh pula selepasnya.
2521 bacaan


Alhamdulillah.. serba sedikit kelebihan yg boleh djadikan semangat kn... smuanya sumber dari JAKIM...
insyaAllah.. sme2lah kite mengambil iktibar dan inisiatif utk mempertingkatkan lg amalan dan ibadat dibulan puasa ini....


salam syg..
erin