check it NOW!!

Saturday, December 22, 2012

:::PETUA IMAM SYAFIE:::


assalamualaikum..

ade terbace 1 artikel yg aku nk share dengan korg semua.. 


■Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas



■Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam



■Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih





■Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat



■Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


■4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


* Kalau ada kesudian .. 

Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati


p/s : x igt dah ambik mne petua ni, tp sme2 la kita saling ingatmengingati dan nasihatmenasihati... chill..
 yg baik dtg dr ALLAH, yg x baik datang dr kelemahan dri sy sndiri.. sama2lah kita membaca surah al-fatihah utk yg masih hidup mahupun sudah kembali ke rahmatullah.. Al-fatihah....



luv,
ezrin 

No comments: