check it NOW!!

Thursday, December 27, 2012

:: motivasi hari ini :: renungan bersama ::

assalamualaikum...

hari ni sesaje je nk share smthing yg berguna utk aku n korg sume...terbace td n ape slhnye kita saling ingatmengingati kn... :)

PeRkARa2 Yg MeMBUaTkaN KiTA HiLAnG iNGAtAN :-

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam



 
PeRkARa2 Yg pErLu DiAMaLKaN :-
 

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........

selamat beramal.....



Jangan sengaja lewatkan solat.
 Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.



Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
 Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.



Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.



Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.



Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).



Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.



Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.



Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.



Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.



Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila - bila masa.



Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.



Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.



Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. 
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.



Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.



Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.



Jangan biasakan berbohong,
 kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.



Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.



ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya
 
 
renungan bersama:)
 
luv,
ezrin

Saturday, December 22, 2012

:::PETUA IMAM SYAFIE:::


assalamualaikum..

ade terbace 1 artikel yg aku nk share dengan korg semua.. 


■Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas



■Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam



■Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih





■Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat



■Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


■4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


* Kalau ada kesudian .. 

Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati


p/s : x igt dah ambik mne petua ni, tp sme2 la kita saling ingatmengingati dan nasihatmenasihati... chill..
 yg baik dtg dr ALLAH, yg x baik datang dr kelemahan dri sy sndiri.. sama2lah kita membaca surah al-fatihah utk yg masih hidup mahupun sudah kembali ke rahmatullah.. Al-fatihah....



luv,
ezrin 

Saturday, October 13, 2012

:: cEMbURU ::

assalamualaikum...
 
 "JEALOUS", "CEMBURU"
 
2perkataan menjadi 1maksud yang sama.. perasaan yang sume org ade, cmtu juga aku.. aku cemburu n tersangatlah cemburu akan org yg aku syg.. so behave k.. jgn sampai aku syg engkau.. haha.. boleh saje kn berkata begitu.. nk check mksud yg aku n sume org alami..perlu ke x perlu, patut ke x patut, semua bergntung pd situasi n tahap kekawalan dri msing2.. x gtu.. huhu.. so now, i definisikn maksudnye yang dicopy paste dr org pny definisi kot.. haha.. juz enjoy n fahamilah.. 
 
DEFINISI

 
cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya.
Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan. Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya.
 
Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap possesive’ seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang lain.
 
Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah dikebas orang’.
 
 Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang positif dan cemburu yang negatif. Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita inisangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupunwanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya dikawal.
Dalam hubungan suami isteri, sifat cemburu wajib dikawal. Jika tidak klimaksnya nanti boleh membawa kepada putusnya sesuatu ikatan perkahwinan itu (bercerai). Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorang berubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk. Hakikatnya dia sedar bahawa sikap cemburunya itu kurang menyenangkan asangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya. Dia merasakan bahawa apa yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya hatta perkara yang kecil sekalipun sehingga mencetuskan pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin sebelumnya.
 
Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan, seseorang itu apabila dapat melihat tanda-tanda awal cemburu pada pasangannya, hendaklah bertindak segera agar tidak merebak.
 
Ikutilah tips berikut tentang bagaimana untuk mengawal keadaan sekiranya mendapat pasangan yang kuat cemburu.
1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada terus menyemarakkan kemarahannya. (owh that's y r awk senyap je ble sy tny mcm2 n time sy really2 jeles.. )                                                                                                                           
 
2. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita. Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati. (yeah that's rite... x berniat pn nk lukakan ati awk.. really ment it.. hehehe..)                                                                                                                                                    
3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa sentiasa disayangi dan dihargai. (sometime i get it from u.. really appreciate it. thanks. )                                                                                                                                                     
4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra atau bergurau senda dengan orang lain.                          
5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan keadaan. ( xde r sam[ai kne kaunseling kn awk.. hehe...)                                               
 
 
‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Begitulah antara bait-bait lagu yang menceritakan asam garam kehidupan dalam rumahtangga. Cinta dan cemburu adalah seperti isi dengan kuku bagi mana-mana pasangan suami isteri.
Yang penting adalah kesederhanaan. Maksudnya seseorang itu harus mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada. Jangan sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong. Sebaliknya jadikanlah rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap atau mengkoreksi diri sendiri terhadap sikap yang selama ini diamalkan. Contohnya, bagi seorang isteri mahupun suami, adakah penampilan atau layanan yang selama ini diberikan memuaskan atau tidak. Adakah berlaku sesuatu kekurangan dalam diri yang sebenarnya mampu kita mengadakannya tetapi tidak kita adakan. Dengan sikap ini, kita akan sentiasa memperbaiki kualiti diri dan sentiasa memberikan layanan yang terbaik untuk pasangan supaya ia tidak terpikat kepada yang lain. Akhirnya, tidak perlu lagi terjadi perbalahan atau pertengkaran yang hebat antara suami isteri gara-gara sifat cemburu kerana tentu sekali tidak ada pasangan yang rela diperbodohkan atau diambil kesempatan akibat ketiadaan sifat cemburu dalam hatinya yang membuatkan dia tidak peka dengan kehendak sebenar pasangannya. Dengan itu ‘cinta dan cemburu hendaklah diambil ‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga.
 
Cinta biarlah ikhlas dan cemburu biarlah bertempat. Kata orang, ‘tanpa cemburu rasa cinta terasa hampa’. Ingatlah, sesungguhnya
‘ALLAH SWT Maha Cemburu’.
Maksudnya? Ya, bukanlah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba-Nya. Cuma kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN DENGAN ‘CINTA YANG LAIN’!




sumber rujukan :
 
Oleh : Qurratu A’Yun ,Majalah Sinar Rohani, Feb 2005
 

Tuesday, August 14, 2012

:: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ::

assalamualaikum w.b.t

di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan slamat hari raya aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin.. juz a comman wishes.. hehe.. every year, nk rye je.. confirm ni je yg org ckp kn.. betul x?? kalo nk tukar ckit pn mesti ckap selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir je ea.. batin?? xde lg,, hahaha...
kekadang cam z bape nk ikhlas je kn.. sbb cm dh biase dgr sume tu, dah biase dah dgn ayat2 n katakata maaf sebegitu menjelang hari raya... tp pokok pangkalnye pada dri masing2. keikhlasan masing2.. org lain x boleh nk judge smada org tu ikhlas or x.. btl x?? yeah,, that rite...
apeapepn... buat kawan2.. selamat menyambut hari lebaran yang kian mendatang ini.. berseronokseronok juga, memohon maaf tu perlula,, w/pn sesetengah org kata xkn nk mintak maaf time rye je kn.. tp hakikatnye.. susah nak jumpa org nk mintak maaf time x rye.. sumenye dok pakat kumpul tggu rye utk mohon maaf.. kalo x sempat, nasib la.. (ade ke patot, ish,,,ish...ish..) ha lg 1..

sebelum menjelangnye solat sunat aidilfitri untuk tahun ni, juz wanna to remember all muslim..

  DON'T FORGET to BAYAR ZAKAT FITRAH..

Thursday, July 12, 2012

am i rite??

you and me

awak dan saya

kadang-kadang apabila mencintai seseorang, kita akan merasa letih kerana akan terjadi terlalu banyak pergaduhan, salah faham, hujah, kemaafan.dan apabila tiba masanya kita akan sedar bahawa semua pengorbanan dan keletihan itulah yang membuat hubungan kita lebih kuat..







Wednesday, January 18, 2012

(-_~)

assalamualaikum
..............................................................................................................................

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat..
ALLAH tahu betapa kamu telah mncuba sedaya upaya..

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan..
ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa..
ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil..
ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..

Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman..
ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki..
Hidup ini indah jika brsama ALLAH


Subhanallah... SELAMAT BERAMAL...
................................................................................................................
salam