check it NOW!!

Friday, November 11, 2011

:: pEriBaDi SeWakTu MakaN ::

Bina Peribadi Waktu Makan
Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu
bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk
membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu
makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.
Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu
makan:

1. Tunggu orang yang paling tua
"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau
tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan
begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat
kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau
kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok
waktu makan."


2. Baca bismalah dan guna tangan kanan
"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau
memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke
mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan
kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh
syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang
banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."


3. Ambil lauk terdekat dulu
"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa?
Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa,
itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia
mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.

"Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang
pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia
tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak.
Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang
lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita.
Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah
waktunya."
4. Kawal suapan
"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan
seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan,
baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih
jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau
lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."
Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia
akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah
perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia
mempengaruhi roh."

Wednesday, November 2, 2011

DOA MOHON TERHINDAR DARI ORANG YANG ZALIM/FITNAH


 

Doa dari orang-orang yang dizalimi dan difitnah adalah juga sama seperti doa orang-orang yang dianiayai. Tiada hijab bagi doa orang-orang yang dianiayai. Allah SWT akan segerakan balasan di dunia dan akan diazab di neraka nanti. 

Oleh yang demikian jangan menzalimi dan memfitnah seseorang yang belum tentu ia bersalah atau tidak kerana mungkin doa ia akan dimakbul Allah SWT. Memfitnah seseorang itu seperti juga membunuh. 

Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Qalam ayat 10 - 11 tafsirnya: 
"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan." 
Diriwayatkan daripada Khuzaifah Radiallahuanhu, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya: 
"Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)." (Hadis riwayat Imam Muslim).
Hanya Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa orang yang membuat fitnah sekiranya orang yang difitnah itu memaafkan kamu.

Doa ini boleh dibacakan selepas setiap kali solat. Dijauhkan dari orang-orang yang zalim dan dijauhkan dari fitnah orang. InsyaAllah.


RABBANAA AKHRIJNAA MIN HAADZIHIL QARYATIZH ZHAALIMI AHLUHAA, WAJ'AL LANAA MIN LADUNKA WALIYAA. WAJ'AL LA NAA MIN LADUNKA NASHIIRAA.

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh).

Saturday, October 29, 2011

scary story... haha :O

btw secare tibe2 je nk update bnd ni.. so sy pn just search kt internet and then juz put it there.. hehe.. myb sebab kawan2 dh ramai sgt dah kawen kn, so sy pn terpk gak la.. even sy ni dh bersedia or not.. insyaALLAH.. ade jodoh saya akn smpai waktunye kn.. tgu mase je lg.. haha.. aminn.. doakn la k.. tp untuk menjadi seorang isteri ni bknnye skit tanggungjawab yg harus dipikul tp terlalu byk n berat kn.. kite hanya mampu berusaha untuk menjadi yg terbaik yg selebihnya kite just perlu  berserah, bertawakal n berdoa serta bermohon je kepada ALLAH supaya segalanya berjalan dengan lancar seperti kehendakNYA kn.. haha byk plak celotehnye arini..
                                               
                                           'How to be a Successful Muslim Wife'

1. Use your 'Fitnah' (beauty and overtures of allurement) to win the heart of your husband.
All women have the ornaments that Allah blessed them with.  Use the beauty Allah - Azza wa Jal - has bestowed you with to win the heart of your husband. 
2. When your husband comes home, greet him with a wonderful greeting.
Imagine your husband coming home to a clean house, an exquisitely dressed wife, a dinner prepared with care, children clean and sweet smelling, a clean bedroom - what would this do to his love for you? Now imagine what the opposite does to him.  
3. Review the characteristics of the Hoor Al-Ayn and try to imitate them  
The Qur'an and Sunnah describe the women in Jannah with certain characteristics.  Such as the silk they wear, their large dark eyes, their singing to their husband, etc.  Try it, wear silk for your husband, put Kohl in your eyes to 'enlarge' them, and sing to your husband.    
4. Always wear jewellery and dress up in the house.  
From the early years, little girls have adorned themselves with earrings and bracelets and worn pretty dresses - as described in the Qur'an.  As a wife, continue to use the jewellery that you have and the pretty dresses for your husband. 
5. Joke and play games with your husband.  
A mans secret: they seek women who are light-hearted and have a sense of humour. As Rasul Allah - sal Allahu alayhi wa sallam - told Jabir to marry someone who would make him laugh and he would make her laugh. 
6. Thank your husband constantly for the nice things he does.  Then thank him again.  
This is one of the most important techniques, as the opposite is a characteristic of the women of hellfire.
7. An argument is a fire in the house. Extinguish it with a simple 'I'm sorry' even if it is not your fault.  
When you fight back, you are only adding wood to the fire.  Watch how sweetly an argument will end when you just say sincerely, "Look, I'm sorry.  Let's be friends."    
8. Always seek to please your husband, for he is your key to Jannah.  
Rasul Allah - sal Allahu alayhi wa sallam - taught us that any women who dies in a state where her husband is pleased with her, shall enter Jannah.  So .. please him. 
9. Listen and Obey!  
Obeying your husband is Fard!  Your husband is the Ameer of the household.  Give him that right and respect. 
10. Make doa' to Allah to make your marriage and relationship successful.  
All good things are from Allah. Never forget to ask Allah ta'ala for the blessing of having a successful marriage that begins in this Dunya and continues on - by the Mercy of Allah ta'ala - into Jannah.

------- i translate la plak untuk kefahaman kite semua kn... huhuhu..-------

1. Gunakan 'Fitnah' anda (kecantikan dan rundingan daripada daya pemikat) untuk memenangi hati suami anda.Semua wanita mempunyai perhiasan yang Allah kurniakan ke atas mereka dengan. Gunakan Allah kecantikan - Azza wa Jal - yang telah dikurniakan kepada anda untuk memenangi hati suami anda.
2. Apabila suami anda datang ke rumah, menyambut beliau dengan ucapan yang indah.
Bayangkan suami anda yang datang rumah ke rumah yang bersih, isteri yang berpakaian indah, makan malam yang disediakan dengan baik, kanak-kanak yang bersih dan manis berbau, bilik tidur yang bersih - apa ini akan lakukan untuk cintanya untuk anda? Sekarang bayangkan apa yang sebaliknya tidak kepadanya.
3. Mengkaji ciri-ciri Hoor Al-Ayn dan cuba untuk meniru mereka
Al-Quran dan As-Sunnah menggambarkan wanita di Syurga mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Seperti sutera mereka memakai, matanya yang besar gelap mereka, nyanyian mereka kepada suami mereka, dll. Cuba, memakai sutera bagi suami anda, meletakkan Kohl dalam mata anda untuk 'membesarkan' mereka, dan menyanyi kepada suami anda.
4. Sentiasa memakai barang kemas dan berpakaian di dalam rumah.
Dari tahun-tahun awal, kanak-kanak perempuan telah menghiasi diri mereka dengan anting-anting dan gelang dan dipakai pakaian yang cantik - seperti yang diterangkan di dalam Al-Quran. Sebagai seorang isteri, terus menggunakan barang kemas yang telah anda dan dengan pakaian yang cantik untuk suami anda.
5. Jenaka dan bermain permainan dengan suami anda.
Rahsia Mans: mereka mencari wanita yang cahaya hati dan mempunyai rasa humor. Sebagai Rasul Allah - sal Allahu alayhi wa sallam - memberitahu Jabir untuk berkahwin dengan seseorang yang akan membuat dia ketawa dan dia akan membuat ketawa beliau.
6. Mengucapkan terima kasih kepada suami anda sentiasa untuk perkara-perkara yang baik yang beliau lakukan. Kemudian mengucapkan terima kasih sekali lagi.
Ini adalah salah satu teknik yang paling penting, sebagai bertentangan dengan ciri-ciri wanita api neraka.
7. Hujah adalah api di dalam rumah. Memadamkan dengan mudah 'Saya minta maaf' walaupun ia bukan salah anda.
Apabila anda melawan, anda hanya menambah kayu api. Watch berapa manis hujah akan berakhir apabila anda hanya berkata ikhlas, "Lihatlah, saya minta maaf. Mari kita berkawan."
8. Sentiasa berusaha untuk menggembirakan suami anda, kerana dia adalah kunci ke Syurga.
Rasul Allah - sal Allahu alayhi wa sallam - mengajar kita bahawa mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan di mana suaminya gembira dengan dia, akan masuk Syurga. Jadi .. sila kepadanya.
9. Dengar dan taatlah kamu kepada!
Mentaati suami anda adalah Fard! Suami anda Ameer isi rumah. Berikan dia yang hak dan hormat.
10. Berdoa kepada Allah untuk menjadikan perkahwinan dan hubungan anda berjaya.
Semua benda-benda yang baik-baik adalah dari Allah. Jangan lupa untuk meminta Allah Ta'ala untuk berkat mempunyai perkahwinan yang berjaya yang bermula di dalam ini Dunya dan berterusan oleh rahmat Allah Ta'ala - ke dalam Syurga.

Saturday, October 1, 2011

Teka-teki Imam Ghazali rah.a

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “
Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Saturday, February 26, 2011

:: INSYAALLAH dia jodoh kita ::

actually dpt en3 ni dr FB... die tls feel free to copy.. so copy r.. hahaha.. tp tujuan utamanya adlh sesje untuk share ngan korg sume psl ni... juz read it 2 know it... 

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.